Sunday, February 20, 2011

SHISHA..

Baru-baru nie di media banyak diperkatakan tentang pengharaman shisha di malaysia.Tetapi apa yang dilihat,masih ada lagi restoran-restoran dan "maplei" yang menyediakan tabung shisha untuk menarik para pelanggan.
Mungkin menjadi satu trend di kalangan remaja menghisap shisha apabila melepak beramai-ramai bersama rakan ketika menonton perlawanan bola sepak di skrin besar yang biasanya disediakan restoran-restoran mamak.Tapi dalam pemerhatian saya sendiri,kadang-kadang bukan sahaja remaja,malahan orang dewasa dan tua juga hisap shisha.

Tetapi kenapa shisha diharamkan?
Bahayanya ditahap mana?
Boleh bawa maut ke?
Sama ke bahayanya seperti menghisap rokok?


laporan daripada Agensi Antitembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan Makmal d'Essais Kebangsaan (LNE) sebelum ini juga menyebut shisha membebaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok sehari.
Menghisap shisha juga dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok sementara asap 
yang dihasilkan menjadi antara sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.



so,bile dah sebut hisap shisha sama banyak dengan 52 batang rokok..FUH! memang cepat betol booking kubur camnie.haha
Kita semua tahu kan hisap rokok sebatang pun dah bahaya,nie pulak 52 batang.Maybe penghisap shisha nie dah boleh disamakan dengan perokok tegar.


INFO SHISHA:
  • Juga dikenali dengan nama hookah.
  • Sejenis tabung paip air biasanya digunakan untuk menghisap tembakau berperisa.
  • Bayaran biasa yang dikenakan RM11 >RM 55 untuk satu sesi.
  • Telah diamalkan di timur tengah sejak ratusan tahun dahulu.
  • membebaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok sehari.
  • Menjadi kegilaan para remaja semua jenis bangsa sekarang.



*Artikel nie ditulis hanya untuk pengetahuan semua je..:)
haa rasanya aku tak perlu lagi bershisha lagi dah nie..hahaha

No comments:

Post a Comment